1. POLISI PENGESAHAN TEMPAHAN DAN CETAKAN
Selepas setiap tempahan, kami akan memulakan proses rekebentuk dan mendapatkan pengesan pelanggan. Kerja cetakan hanya akan dibuat selepas menerima pengesahan terakhir daripada pelanggan. kadku.pro tidak akan bertanggung jawab untuk atas sebarang kesilapan ejaan atau lain-lain selepas pengesahan untuk cetakan dibuat. Untuk jadual jangka masa proses tempahan, sila rujuk kepada jadual proses tempahan yang diberikan oleh admin kami.
2. POLISI KUALITI CETAKAN DAN WARNA
Printer kami menggunakan pencetak digital dan offset untuk menghasilkan semua produk keluaran kadku.pro. Ketidak selarasan warna akan berlaku dalam setiap cetakan. Warna melalui monitor atau skrin computer adalah berlainan dengan warna sebenar cetakan kerana format warna yang berbeza. Warna di skrin tidak boleh dijadikan ukuran perbandingan dalam menentukan perbezaan julat warna. Kualiti potongan akhir juga akan mempunyai beza standard cetakan iaitu +-1 inci.
3. POLISI PEMULANGAN DAN PENUKARAN PRODUK
Jika anda tidak berpuas-hati dengan barangan yang anda beli, anda boleh memaklumkan pihak kami dalam tempoh masa 24 jam selepas penerimaan dan memulangkan semula barangan tersebut dalam masa 7 hari selepas penerimaan (barangan perlu dibungkus-semula dalam pek asal seperti ketika penerimaan). Setiap produk yang dipulangkan atau diminta tukar perlu diserahkan sepenuhnya kepada kami.Pihak syarikat berhak untuk tidak menggantikan atau menukar produk yang gagal dipulangkan sepenuhnya. Segala Kos pemulangan adalah tanggunjawab pelanggan.
4. BARANGAN KEHABISAN STOK
Walaupun kami sedayaupaya akan memastikan kecukupan simpanan stok produk sedia-ada, masalah kehabisan stok mungkin akan berlaku. Jika ini berlaku, anda akan diberitahu melalui email atau pesanan text.Jika anda tidak ingin menunggu sehingga stok ada, anda boleh membatalkan pesanan anda. Jika kami tidak menerima pembatalan pesanan anda sebelum penghantaran barangan dilakukan, kami menganggap anda bersetuju dengan penghantaran lewat. Jika kami tidak dapat menghantar barangan tersebut dalam masa 30 hari, pesanan anda akan dibatal secara otomatik dan pemulangan bayaran akan dilakukan. Jika sebahagian barangan dari pesanan anda telah dibatalkan, pemulangan bayaran akan dilakukan mengikut jenis barangan yang telah dibatalkan sahaja.
5. POLISI PRA-BAYAR & DEPOSIT
Pembayaran boleh dilakukan secara deposit 70% atau bayaran penuh terus. Rekabentuk kad atau lain-lain produk tempahan hanya akan dibuat selepas bayaran dibuat. Penghantaran produk juga hanya akan dibuat selepas pembayaran anda disahkan. Baki bayaran selebihnya harus dibuat sebelum memulakan proses percetakan.
6. POLISI PENGHANTARAN
Menjadi keutamaan kami untuk memastikan penghantaran produk kepada pelanggan dilakukan dengan baik. Semua penghantaran sekitar Semenanjung Malaysia akan dilakukan melalui syarikat kurier yang bertauliah, manakala untuk Sabah dan Sarawak kami akan menggunakan khidmat kurier yang lebih sesuai mengikut saiz dan berat. Kami akan memberi nombor Tracking kepada anda apabila kami membuat penghantaran melalui email & pesanan teks. Barangan telah siap dijangka akan diterima pelanggan (sm) sekitar 2-3 hari bekerja/bergantung pada servis syarikat penghantaran. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kelewatan penerimaan masalah syarikat penghantaran berkenaan.
7. POLISI PEMBATALAN TEMPAHAN & PEMULANGAN DEPOSIT
Pembatalan tempahan dibenarkan jika produk masih belum dicetak dan caj pembatalan akan dikenakan. Berikut ialah jadual kos yang akan dikenakan atas pembatalan tempahan :
Pembatalan tempahan sebelum kerja draf design dilakukan @ Caj RM30 DIKENAKAN.
Pembatalan tempahan selepas 24JAM/kerja draf design dilakukan tetapi belum melibatkan kerja pembetulan @ Caj 50% daripada nilai tempahan.
Pembatalan tempahan semasa proses kerja pembetulan @ Caj DEPOSIT TIDAK DI KEMBALIKAN.
8. POLISI PENUKARAN ATAU PERUBAHAN DESIGN ASAL & PEMBUATAN REKAAN KHAS
Kebanyakan produk kami ialah tidak ‘100% Personalized Product’ yang mana semua rekabentuk asal tidak boleh diubah warna, tema, pilihan font, penambahan foto dan penambahan elemen rekaan. Cetakan terus rekaan yg dibuat oleh pelanggan sendiri tidak dikenakan caj tambahan. Caj tambahan hanya akan dikenakan atas permintaan untuk merekebentuk produk pesanan khas daripada pelanggan yang tidak menggunakan pilihan rekaan syarikat. Untuk kondisi ini pelanggan perlu menyediakan imej/grafik/visual/lakaran untuk pereka kadku.pro membuat rujukan.Caj yang akan dikenakan (Rujuk Senarai Express Cas) -Pembantu Jualan.
9. POLISI PENGIKLANAN LOGO JENAMA
Semua harga jualan rasmi produk kami ialah termasuk nilai pengiklanan jenama RERAMA DESIGN di produk tersebut.Cetakan logo/info di bahagian produk buatan kami adalah standard pengiklanan jenama RERAMA DESIGN. Pelanggan dibolehkan untuk tidak membenarkan RERAMA DESIGN mengiklankan logo/info di produk tempahan mereka dengan membuat bayaran tambahan 20% daripada nilai keseluruhan belian/tempahan produk.
10. POLISI TANGGUNGJAWAB SOSIAL SYARIKAT
Semua harga pakej promosi yang diiklankan ialah berasaskan kepada ‘CSR’ syarikat bagi membantu kerajaan mengurangkan beban kos perbelanjaan perkahwinan rakyat Malaysia. Harga-harga pakej dan promosi yang diiklankan hanya sah untuk warganegara Malaysia sahaja.